Saturday, February 5, 2011

Pahlawan Buntung

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang kampung Pulau Pak Amat. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

Tema

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan anggota tubuh badan dan juga kematian

Persoalan

1.Persoalan kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2.Persoalan keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3.Persoalan kerjasama antara masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4.Persoalan mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5.Persoalan berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6.Persoalan hormat kepada warga tua atau warga emas.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Pak Hussain
- berusia 60 tahun.
- Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
- Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
- Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun Menyerang Kampung Pulau Pak Amat
- Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau-racau.
- Berjasa kepada orang-orang kampung. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak Jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak Hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampung.

Watak sampingan

1.Khalid (aku)
- Anak Pak Hassan
- Menghormati Pak Hussain. Khalid begitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampung.

2.Fatimah
- Ibu Khalid
- Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Nilai

1.Nilai keberanian, contohnya Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun.
2.Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3.Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka berpindah.
4.Nilai patriotisme, contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Pengajaran

1.Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri agar kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni.
2.Kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah supaya kita terhindar daripada perkara-perkara negatif.
3.Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga demi membina keluarga bahagia.
4.Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas agar kita dapat menyelesaikan segala tugasan yang diberi dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment